Saturday 7 April 2012

Apa yang silapnya? Sebenarnya tiada apa, cumanya mika ingin berkongsi mengenai kesilapan ataupun kesalahan-kesalahan yang kadang-kadang manusia terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.

Menjalani kehidupan tanpa membuat sebarang kesilapan adalah sesuatu yang ganjil. Yer lah.. mana mungkin manusia tidak melakukan kesalahan kan dear . Samada sengaja ataupun tidak sengaja. Kesalahan itu besar ataupun kecil ianya tetap telah berlaku.

Antara contoh kesilapan yang kita sering lakukan (bear lah tu..hihi )

Kesilapan yang ke 1 – Malas

Malas adalah satu penyakit yang “biasa” bagi manusia. Tak tahulah betul ke tidak (biasanya betullah) . Nak buang sifat malas dalam diri memang payah. Kalau tidak ada disiplin yang kuat untuk berubah, maka, tidak akan kemanalah. Perubahan yang kita buat pun hanya sekadar perubahan yang sementara.

Kesilapan yang ke 2 – Tak tahu guna peluang

Peluang nak buat duit dengan internet sudah ada di depan mata, tetapi kita masih lagi tidak mahu cuba dan buat tak endah sahaja dengan peluang tersebut. Peluang hanya akan datang sekali, tidak dua kali. Kalau peluang tersebut datang juga, ianya adalah dalam bentuk yang lain dan tidak akan sama dengan peluang yang pertama tadi.

Kesilapan yang ke 3 – Tidak menghargai orang disekeliling anda

Manusia di dunia ni tak mampu nak hidup sorang-sorang tuan. Oleh itu, hargailah setiap orang di muka bumi ini samada kawan-kawan, binatang dan semua makhluk. Jika tidak, kita akan dianggap sombong dan hanya pentingkan diri sendiri. Bila ini berlaku, jika kita menghadapi masalah dan ingin meminta pertolongan, tiada siapa yang sudi membantu.

Kesimpulan

Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, teruskan usaha anda dalam mengejar matlamat tetapi pada masa yang sama, mesti memperuntukkan sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri supaya kita dapat melihat kejayaan dan kegagalan yang kita pernah lakukan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment