Tuesday 13 September 2011

Apa yang silapnya? mesti anda semua ingin tahu kan? Sebenarnya tiada apa, cumanya mika ingin berkongsi mengenai kesilapan ataupun kesalahan-kesalahan yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.

Menjalani kehidupan tanpa membuat sebarang kesilapan adalah sesuatu yang ganjil. Yer lah.. mana mungkin kita tidak melakukan kesalahan. Samada sengaja ataupun tidak sengaja. Kesalahan itu besar ataupun kecil ianya tetap telah berlaku.

Antara contoh kesilapan yang kita sering lakukan , mengabaikan waktu berharga. Maksudnya membazir masa buat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Sedangkan masa yang ada boleh digunakan untuk menambah ilmu berkaitan perniagaan dan sebagainya.

kesilapan ke-2 malas

Malas adalah satu penyakit yang “biasa” bagi manusia. Tak tahulah betul ke tidak (biasanya betullah) . Nak buang sifat malas dalam diri memang payah. Kalau tidak ada disiplin yang kuat untuk berubah, maka, tidak akan kemanalah. Perubahan yang kita buat pun hanya sekadar perubahan yang sementara.

Kesilapan yang ke 3 – Tak tahu guna peluang

Peluang nak buat duit dengan internet sudah ada di depan mata, tetapi kita masih lagi tidak mahu cuba dan buat tak endah sahaja dengan peluang tersebut. Peluang hanya akan datang sekali, tidak dua kali. Kalau peluang tersebut datang juga, ianya adalah dalam bentuk yang lain dan tidak akan sama dengan peluang yang pertama tadi.

Kesilapan yang ke 4 – Tidak menghargai orang disekeliling anda

Manusia di dunia ni tak mampu nak hidup sorang-sorang tuan. Oleh itu, hargailah setiap orang di muka bumi ini samada kawan-kawan, binatang dan semua makhluk. Jika tidak, kita akan dianggap sombong dan hanya pentingkan diri sendiri. Bila ini berlaku, jika kita menghadapi masalah dan ingin meminta pertolongan, tiada siapa yang sudi membantu.

Kesilapan yang ke 5 – Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri

Ha.. yang ke lima ini adalah kesilapan kita yang utama. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Sebab apa ini berlaku, sebab kita terlalu ego dengan diri sendiri. Samada tuan-tuan sedar ataupun tidak, dengan mengakui kesilapan diri, kita akan rasa lebih bertanggungjawab atas segala tindakan yang kita lakukan. Cubalah.. anda akan lebih kenal siapa diri anda yang sebenar.

Kalau kita mahu berjaya, Akuilah kesilapan yang pernah kita lakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Kelak kita akan mencapai kejayaan jika kita terus belajar memperbaiki kesilapan tersebut.

Kesimpulan

Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, teruskan usaha anda dalam mengejar matlamat tetapi pada masa yang sama, mesti memperuntukkan sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri supaya kita dapat melihat kejayaan dan kegagalan yang kita pernah lakukan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik

No comments:

Post a Comment